Monday, 10 October 2016

Slide Murtad


















MURTAD

Pendahuluan
Akhir-akhir ini isu murtad menjadi satu isu hangat yang sering diperkatakan oleh masyarakat Islam di mana-mana sahaja, samada dalam perbualan seharian, majalah-majalah dan disebut juga dalam ceramah-ceramah yang sering didengari bahkan ada kes-kes tertentu yang diangkat ke mahkamah. Selain itu, munkin juga ramai umat Islam di Malaysia tidak mengetahui apa sebenar yang terjadi apabila seseorang itu keluar dari agama Islam dan menganut agama Kristian, agama Hindu dan sebagainya. Manakala terdapat juga yang mengamalkan ajaran-ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, Hassan Anak Harimau dan lain-lain tidak dianggap murtad. Perkara ini tidak dianggap sensitif, yang dianggap sensitif hanya yang masuk Kristian, Hindu, Budha dan agama-agama lain.



Definasi Murtad
Murtad dari segi Bahasa bermaksud ‘Kembali’. Manakala dari segi istilah ia bermaksud meninggal atau keluar dari agama Islam dan memeluk mana-mana agama atau mana-mana aqidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samada dengan melalui perkataan, atau melalui perbuatan atau apa-apa iktiqad, kepercayaan dan keyakinan hati.
Murtad atau keluar dari agama Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam; Ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap menghina agama Islam, iaitu menghina Allah S.W.T dan Rsulullah S.A.W. Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh setelah disuruh bertaubat beberapa kali sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat.


Murtad dari Perspektif Islam
Seorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan mempersekutukan Allah sama ada melalui iktiqad, ucapan atau pun perbuatan, mengingkari agama Islam atau satu rukun padanya atau mengingkari satu hukum Islam yang terdapat diketahui secara jelas dan sahih dan orang yang mengiktiqadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum  yang diturunkan oleh Allah. Dalam jenayah murtad, terdapat dua unsur penting iaitu tindakan keluar daripada agama Islam seperti perbuatan yang boleh membawa syirik ialah sujud kepada selain Allah dan mempunyai niat melakukannya dengan sengaja.

Terdapat beberapa pandangan mengenai hukuman murtad dalam Islam dan boleh dirumuskan kepada dua bahagian:
        i.            Hukuman Murtad adalah Hudud
Golongan ini dipelopori oleh ulama tradisional seperti Madhhab Shafii, Maliki dan Hanbali dimana mereka berpendapat bahawa murtad tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah melainkan bertaubat.

      ii.            Tiada Ketetapan Bentuk Hukuman Murtad
Pendapat ini dipelopori oleh ulama kontemporari seperti Abd al-Mutaali al-Saidi, Ibrahim al-Nakhai, Muhammad Abduh, Mohamad Hashim Kamali dan lain-lain lagi. Pada dasarnya hukuman murtad bukanlah hudud tetapi hanya takzir. Golongan ini berpendapat umpamanya pandangan Abd al-Mutaali al-Saidi iaitu manusia diberikan kebebasan beragama mengikut pilihannya. Faktor yang menyebabkan Rasululullah S.A.W menyatakan hukuman bunuh pada kesalahan murtad bukanlah kerana kemurtadan mereka tetapi berfaktorkan pemberontakan menentang Islam. Terdapat juga kritikan ulama terhadap kesahihan dan darjat hadis, ‘sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh’. Hadis ini adalah hadis ahad dan tidak kuat untuk dijadikan hujah kepada sesuatu hukum menurut ilmu usul fiqh.
Secara ringkasnya, kebanyakan ulama terdahulu berpegang teguh bahawa murtad dikenakan hukuman hudud manakala ada ulama kontemporari mengatakan tiada ketetapan mengenai hukuman murtad atau dalam erti kata lain ianya adalah takzir.

Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad
Menurut Islam, Murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat. Penjelasan sebab-sebab berikiut:

1      Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata-kata (Murtad Quwali)
Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib berpuasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalu suka sama suka, riba’ diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, ‘aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina Sunnah tersebut)’. Atau dia melakukannya’. Atau dia berkata ‘Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin’. Atau pun dia berkata, ‘Aku tidak tahu apa itu iman’. Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim, apabila dia mendengar orang yang dizaliminya berkata, ‘Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan’, maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong, ‘Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T tetapi dengan kuasa yang ada padaku’, maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh jadi murtad.

Begitu juga kalua seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknay mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama’ tentang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina, an menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak,atau mengharamkan perkahwina, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.

Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:

  •  Hukum apa ini?
  •  Hukum ini sudah lapuk.
  •  Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba’ kerana menghalang kemajuan.
  •  Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tidak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
  •  Berzina kalua suka sama suka apalah haramnya?
  •  Minum arak kalau dengan tujuan menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
  •  Berjudi kalua masing-masing sudah rela menerima untung rugi apa salahnya.
  • Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
  •  Seseorang berkata, ‘Perbuatan yang demikian tidak beradab’, apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
  • Seseorang berkata, ‘Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah’, apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah Sunnah.
  •  Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

2       Melalui Perbuata atau Tingkah Laku (Murtad Fi’li)
Apabila seseorang Islam melakukan apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkah laku yang boleh membatalkan imannya maka orang itu boleh menjadi murtad seperti sujud kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau kepada mana-mana makhluk lain atau tidak melakukan ibadat terhadap selain Allah S.W.T. Seperti menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain.

Begitu juga dengan mana-mana perbuatan yang menghina, merendah dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan al-Quran ke tempat-tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab hadith dan tafsir ataumemijak-mijaknya dengan niat menghina. Dalam buku Mustika Hadith ada menyebut perbuatan yang boleh menjadi murtad seperti meletakkan ayat-ayat suci al-Quran, hadith-hadith nabi, nama-nama Allah, rasul-rasulNya, malaikat dan ilmu-ilmu agam di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendahkannya.

Brgitu juga seseorang yang meninggalkan sembahyang Fardhu atau puasa Ramadhan dalam keadaan mengingkari wajibnya atau mengatakan ia tidak wajib, maka dia boleh menjadi murtad keran dia mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Tetapi kalua dia meninggalkan kerana malas, sedangkan dia yakin sembahyang dan puasa itu wajib, maka dia tidak menjadi murtad.

       Melalui Akidah atau Kepercayaan atau Niat (Murtad I’tiqadi)
Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku apabila seseorang Islam mengingkari dalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin ajaran Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yakin bahawa agama lain lebih baik dari agama Islam, dia yakin hukum hudud (jenayah Islam) tidak layak dilaksanakan sekarang dalam masyarakat moden.

Begitu juga apabila seseorang Iskam yakin Allah tidak berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah lemah, mempunyai sifat sama seperti makhluk dan sebagainya. Demikian juga jika seseorang itu percaya bahawa Nabi Muhammad S.A.W bukan nabi akhir zaman, syariat dan ajaran Islam yang dibawa bukan untuk seluruh manusia, atau dia percaya hukum Islam yang dibawa oleh baginda adalah hukum-hukum lapok, tidak sesuai dengan zaman. Dia menghina apa-apa ajaran yang dibawanya, Dia beriktiqad tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, manusia tidak dibangkitkan semula sesudah mati, beriktiqad agama orang kafirlebih baik dari agama Islam, atau berbalik-balik hati antara mahu menjadi kafir pada masa akan dating dan lain-lain lagi keyakinan dan iktiqad yang salah.

Faktor Berlakunya Isu murtad
Kejahilan dalam ilmu tauhid serta tidak mengenal hakikat tuhan yang sebenar. Menjadi factor utama dalam isu murtad. Hal ini kerana, kebanyakkan orang yang tidak mengenal tuhan maka mudah untuk cenderung kepada mana-mana agama selain Islam. Di samping itu, bagi sesiapa yang mengenal akan hakikat tuhan pasti tidak akan murtad kerana dia tahu bahawa tuhan dalam agama lain bukan tuhan yang sebenar.
Selain itu, tidak mendapat didikan agama dan bimbingan daripada ibu bapa. Antara sebab tidak mendapat didikan agama daripada ibu bapa ialah kerana kejahilan ibu bapa itu sendiri dalam ilmu agama terutamanya ilmu tauhid yakni ilmu yang mengesahkan iman seseorang. Jika ibu bapa tidak mempunyai ilmu tauhid untuk mendorong anak-anak maka anak-anak tidak mendapat ilmu tersebut dan jahil disisi Allah.
Seterusnya, mengingkari dan mempersendakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebagai contoh Islam menyuruh orang mukmin bersederhana dalam melakukan sesuatu perkara. Akan tetapi, jika seseorang individu menyatakan bahawa kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju. Kata-kata sedemikian boleh membuat seseorang itu menjadi murtad.

Di samping itu, melakukan perbuatan yang merupakan perbuatan khusus bagi orang-orang kafir seperti sujud kepada berhala, melakukan sesuatu yang merupakan ibadah khusus orang-orang kafir atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan pegangan seorang muslim seperti melemparkan al-quran dengan sengaja ke tempat yang kotor, melemparkan kitab-kitab hadis dan tafsir. Walaubagaimanapun hukum ini tertakluk dengan syarat seseorang itu melakukannya dengan sukarela dan bukan dengan paksaan (Mustafa al-Khin. 1996: 467).

Mengucapkan perkataan yang bertentangan dengan pegangan hidup seorang muslim samada pengucapan itu dengan iktikad atau degil atau dengan tujuan gurau senda semata-mata seperti mencela agama, mencela Allah, mencela salah seorang Nabi dan sebagainya. Seseorang yang mengucapkan perkataan seperti; Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam tamadun manusia, Allah tidak wujud, pemakaian hijab adalah membawa kepada kemunduran, dan sebagainya adalah menyebabkan kekufuran samada ianya didorong oleh faktor iktikad, marah atau kerana degil. Pengucapan perkataan yang bertentangan dengan pegangan muslim adalah menyebabkan kekufuran sekalipun dengan tujuan gurau senda seperti seseorang itu berkata kepada orang yang menasihatinya: jikalau kamu masuk ke dalam syurga, tutuplah pintuya supaya aku tak boleh masuk bersama kamu (Mustafa al-Khin. 1996: 467).

Murtad kerana meninggalkan sesuatu perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT. Perbuatan ini dianggap murtad apabila seseorang itu meninggalkan perintah Allah SWT dengan tujuan mengingkari dan menzahirkan penentangan terhadap perintah tersebut. Sebagai contoh: Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menjelaskan ayat:
(وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ); menjelaskan bahawa barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kerana menolak al-Quran dan menentang sabda Nabi SAW maka dia adalah kafir. Ibn Masud menjelaskan bahawa ayat ini adalah umum bagi sesiapa sahaja yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT samada dari golongan orang Islam, orang Yahudi dan orang-orang kafir. Sesiapa yang tidak berhukum dengannya tetapi tidak mengingkarinya maka dia telah melakukan perkara yang haram dan dia tetap tergolong dalam golongan orang-orang fasik dan urusannya terserah kepada Allah SWT (Abdul Karim Zaidan. 1994: 313-314).



Implikasi Murtad
1)      Individu
Implikasi murtad kepada individu adalah jika seseorang individu menjadi murtad, maka, ia merupakan ancaman utama kepada survival dan kewujudan agama Islam itu sendiri. Ini kerana orang yang murtad bukan sekadar dianggap keluar daripada Islam sahaja tetapi dia sebenarnya telah mencuba untuk menyerang agama Islam itu. maka individu itu akan dimurkai oleh Allah S.W.T. Dengan cara segala amalan yang telah dilakukan olehnya semasa beragama Islam tidak diterima oleh Allah, dan pada masa yang sama kehidupan sehariannya tidak akan tenteram. Seterusnya Allah akan memberi hukuman kepadanya semasa di dunia dan di akhirat di atas segala perbuatan yang telah dilakukannya.

2)      Masyarakat
Murtad menghapuskan identiti masyarakat muslim. Ini kerana seorang yang murtad sebenarnya telah masuk ke dalam identiti ummah yang lain, telah menukar ketaatannya dan telah mencabut identiti Islam darinya. Murtad akan menyebabkan agama Islam dianggap seperti barang mainan semata-mata, iaitu boleh masuk apabila dikehendaki dan boleh keluar pada bila-bila masa apabila tidak dikehendaki. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak lagi mementingkan identiti agama seseorang atau identiti sesuatu ummah. Kesan yang lebih besar akan timbul apabila masyarakat menganggap semua agama adalah sama dari segi identitinya.  Di samping itu, ia akan menyebabkan kesan yang sangat negatif kepada golongan masyarakat Islam yang lain. Hal ini kerana, golongan masyarakat Islam yang kurang pengetahuan dalam ilmu tauhid akan mudah terpengaruh dengan budaya agama lain. Selain itu, ia juga dapat memutuskan hubungan persaudaraan sesama Islam di kalangan masyarakat dan akan menyebabkan masyarakat menjadi mundur, tidak harmoni dan dipandang serong oleh masyarakat agama lain.

3)      Agama
Perbuatan murtad dari agama Islam akan menyebabkan golongan muslim yang lemah imannya akan merasa syak dan ragu-ragu tentang kebenaran Islam. Senjata “al-tasykik” inilah yang sedang diguna pakai oleh golongan musuh Islam untuk merosakkan identiti masyarakat muslim dan umat Islam. Ini telah dijelaskan melalui kata-kata seorang pemimpin Yahudi: “berlakonlah seolah-olah kamu beriman di pagi hari dan kemudian keluarlah dari agama tersebut (Islam) pada waktu petangnya supaya golongan muslim berkata dalam hati mereka, keluarnya mereka dari Islam adalah bukti bahawa agama Islam itu tidak sesuai, ini kerana mereka adalah golongan yang telah diturunkan kitab dari langit terlebih dahulu dari kita dan sesungguhnya mereka lebih mengetahui.

4)      Negara
Murtad akan meninggalkan implikasi yang sangat negatif terhadap negara kita, antaranya adalah negara kita akan di pandang hina oleh negara luar. Hal ini kerana, negara luar mengetahui bahawa negara Malaysia mempunyai warga negara yang majoritinya adalah beragama Islam. Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, salah satu ciri khusus orang melayu seperti yang ditakrifkan dalam perlembagaan ialah beragama Islam. Peruntukan ini walaupun bukanlah menunjukkan hakikat yang sebenar, namun dari sudut yang positifnya dapat menjadi salah satu benteng daripada berleluasanya gejala murtad di kalangan orang Melayu. Justeru itu, kecenderungan orang-orang melayu untuk murtad atau meninggalkan Islam dibimbangi akan menyebabkan identiti Islam akan terhakis dan imej Islam akan dipandang negatif oleh kalangan orang bukan Islam di negara ini dan negara lain.









Langkah-Langkah Membendung Gejala Murtad

Oleh kerana usaha memurtadkan umat ini merupakan perencanaan musuh global dari kalangan Zionist, Imprealist dan sekularis serta puak liberal yang tertipu dengan dakwaan dan ajakan memerangi terrorism maka tindakan membendung murtad mestilah dengan cara menimbulkan kesedaran yang mendalam di kalangan umat Islam tentang perlunya mereka menjaga dan melindungi akidah pegangan agama mereka dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakkan daripada termakan dengan kata-kata tipu helah mereka.

Selain itu, kerajaan dan pihak berkuasa agama perlu menggubal dan meluluskan undang-undang yang saksama terhadap perbuatan murtad. Dengan adanya undang-undang maka gejala murtad dapat dibendung serta dapat mencegah penggerunan demi menghalang merebaknya gejala murtad di kalangan orang-orang Islam. Di samping itu, pihak berwajib perlu memainkan peranan dengan mengadakan kempen besar-besaran untuk mengajak umat Islam agar dapat menghayati nilai Islam dalam segenap bidang hidup, dan tidak memisah-misahkan ajaran agama dari mana-mana bidang kehidupan adalah suatu kemestian yang wajar diusahakan oleh seluruh institusi Islam, NGO muslim dan orang ramai.

Seterusnya, seluruh jentera media massa perlu tunduk kepada polisi penyiaran yang telah ditetapkan untuk memantapkan pegangan keimanan rakyat terhadap agama Islam tulen khasnya dan tidak menjurus ke arah melemahkan, melonggarkan dan menyebarkan pemikiran Islam Liberal, progresif, pluralis, inklusif atau hadhari yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya dalam masyarakat. Selain itu, Pendidikan Islam perlu dibebaskan dari campur tangan musuh Islam untuk merobek dan mengubahpinda ajaran Islam yang telah disempurnakan oleh ulama Islam leluhur. Perang global anti terrorisme yang dilancarkan oleh Amerika tidak wajar menjadi sebab untuk ditampilkan Islam versi baru samaada yang berjenamakan Islam progresif, liberal, hadhari dan lain-lain.

Pihak institusi masyarakat madani, NGO Islam dan jabatan agama Islam seluruh negara wajar mengadakan sebuah  sekretariat  khusus untuk membuat kajian dan menjalankan penyelidikan serta memantau gejala murtad di samping meningkatkan usaha-usaha ke arah  mencari penyelesaian yang berkesan terhadap gejala ini secara kolektif di bawah naungan Yang Di Pertuan Agong dengan sokongan dana khusus dari  kerajaan atau sumber wang zakat. Kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan pula perlu menerima Islam dalam versi politiknya dengan menerima pakai ajaran Islam yang syumul seperti yang dibawa oleh Muhammad. S.A.W. Suatu skima Musalahah Nasional yang menghimpunkan umat dalam gerakan massa Islam yang padu dengan melibatkan seluruh kumpulan Islam baik politik mahupun NGO perlu diteroka untuk menghadapi perancangan musuh Islam yang bersifat global untuk memerangi amalan Islam murni dan tulin atas dakwaan ianya menifestasi Islam Extrimism dan Islam Politik.


Kesimpulan
Dari ulasan-ulasan di atas jelaslah bahawa murtad mengikut pandangan Islam merupakan satu jenayah yang paling besar dan paling bahaya kerana ia menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Oleh itu hukum bunuh dengan memancung leher adalah satu hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Hukum tersebut juga untuk menakutkan orang lain supaya tidak melakukan jenayah seperti itu.

Selain itu, apabila murtadnya seseorang Islam, beberapa hukum lain dikenakan ke atasnya, seperti hartanya perlu dirampas oleh pemerintah, terpisah hubungan suami isteri, tidak boleh mempusakai harta, mayatnya tidak boleh dimandikan, disembahyang dan ditanam di perkuburan Islam dan lain-lain lagi. Antara pengajaran yang terdapat dari ulasan di atas, sebagai umat Islam kita mestilah mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam serta mendekatkan diri dengan Allah. Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa memantau rutin harian yang dilakukan oleh anak-anak, supaya anak-anak tidak terjerebak dengan gejala murtad. Disamping itu, guru-guru di sekolah mestilah memainkan peranan yang penting iaitu dengan menerangkan tentang gejala murtad serta akibat yang akan dikenakan jika sesorang itu murtad. Akhir sekali, masyarakat juga mestilah memain peranan yang penting, seperti menunjukkan sifat-sifat yang sentiasa mementingkan ilmu keagamaan di dalam diri bagi menjadi mukmin yang sejati.


SLIDE PEMBUANGAN BAYI


















 































Sunday, 9 October 2016

PEMBUANGAN BAYI


Pada abad ke-21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia menongkah arus pemodenan dalam dunia global ini. Kini, Malaysia begitu terkenal dimata dunia. Namun begitu, disebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat , iaitu masalah pembuangan bayi. Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana kepada negara. Pembuangan bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini.

Ramai remaja yang mengandung anak luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Seperti tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan. Ada antara bayi yang ditemui masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang menyedihkan. Dari perbuatan yang tidak bermoral inilah yang dapat melahirkan satu janin yang bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang hanya mementingkan diri sendiri.

 Hampar setiap hari, banyak laporan yang boleh didapati di dada-dada akhbar, media sosial dan juga televisyen. Ada yang lebih menyayat hati, apabila terdapat bayi yang tidak berdosa dibuang ditempat yang tidak sepatutnya seperi tong sampah , lubang tandas , sungai dan sebagainya menjadi tempat dimana  pembuangan bayi-bayi malang ini ditemui.
Tindakan membuang bayi ini merupakan jenayah yang amat besar dosa dan hukumannya bagi seseorang yang beragama islam. Firman Allah s.w.t didalam surah An-Nisa ayat 93:
            “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan azab seksa yang besar”


Faktor berlakunya masalah pembuangan bayi dari segi peranan ibu bapa yang pertama ialah kurang didikan agama. Seseorang yang mengamalkan ajaran agama sebagai pedoman hidup tidak akan melakukan perkara yang tidak bermoral ini. Ibu bapa yang terlalu sibuk juga terlupa tanggungjawab mereka untuk menerapkan ajaran agama dan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Tanpa agama, hidup seseorang itu dikatakan tidak lengkap dan tidak sempurna. Setiap agama samada Islam, Kristian, Hindu dan sebagainya menyuruh kepada kebaikan, malah melarang dari melakukan kejahatan sama sekali. Kurangnya iman dalam diri menyebabkan mereka hilang haluan dan arah sekaligus mendorong kearah gejala negatif. Bermula dari yang kecil seperti melepak tanpa menghiraukan muhrim, kepada budaya ber “couple”, dan seterusnya zina dan akhirnya pembuangan bayi. Sekiranya sejak kecil lagi mereka tidak diajar tentang hukum hakam Islam dan halal haram, maka mereka akan melakukan apa sahaja yang dianggap seronok dan sesuai mengikut citarasa mereka, mereka akan mengikut sahaja hawa nafsu dan dalam kata lain, bertuhankan nafsu dan amarah. Sebagaimana Firman Allah SWT:Adakah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya, dan dimeteraikan atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi petunjuk kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu beringat dan insaf (Surah Al-Jathiyah ayat 23.)

Selain itu ibu bapa memainkan peranan yang penting di dalam pendidikan sahsiah anak-anak. Sikap ibu bapa yang terlampau percayakan anak-anak, mendorong anak-anak bertindak melampaui batas. Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak mengendahkan kehidupan anak-anak menjadikan mereka merasakan bebas untuk membuat apa sahaja tanpa batasan. Tidak dinafikan, bahawa individu yang paling dekat dengan seseorang anak adalah ibu bapanya. Jika ibu bapa tidak mengendahkan mereka siapa lagi? Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga tidak mengendahkan sebarang perilaku anak-anak boleh menyebabkan anak-anak bertindak melampaui batas seperti keluar rumah sehingga tengah malam lepak bersama teman wanita/lelaki dan sebgainya. Seterusnya keruntuhan institusi keluarga juga faktor yang menyebabkan masalah sosial yang membawa pada pembuangan bayi. Kehidupan pada era millennium hari ini, mengheret masyarakat menjadi leka untuk mengejar kebendaan dan pembangunan. Sikap terlampau mengejar kebendaan yang tidak diimbangkan dengan nilai-nilai murni kekeluargaan akan menatijah kepincangan. Disebabkan itu, anak-anak kurang perhatian dan jika mahukan duit, ibu bapa akan memberikan sahaja poket-poket mereka tanpa berpikir panjang. Natijahnya anak-anak ini keluar bebas tanpa batasan dan terpengaruh dengan rakan-rakan dengan mempercayai mereka dan melakukan hubungan bebas, akhirnya penzinaan dan menjadi kes pembuangan bayi. Akhir sekali, dalam dunia masa kini, setiap manusia sibuk mengejar kemewahan dan ramai ibu bapa bekerja untuk menyara keluarga masing-masing. Disebabkan itu, mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Akibat daripada kesibukan mereka, mereka lepas tangan terhadap anak-anak mereka dan menaruh kepercayaan terhadap anak-anak mereka dalam melakukan sesuatu atau mengambil apa-apa keputusan. Mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Anak-anak mereka merasa seolah-seolah diabaikan dan tertekan dengan keadaan mereka. Disebabkan itu, mereka mencari jalan keluar dan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan mereka tercari-cari orang yang dapat memberi kasih sayang dan kebahagiaan kepada mereka.

Faktor berlakuknya masalah pembuangan bayi dari sikap diri sendiri yang pertama ialah, pengaruh rakan sebaya.  Remaja pada masa kini lebih rapat dengan rakan sebaya mereka daripada ibu bapa. Mereka mudah terpengaruh dengan kata-kata manis rakan sebaya. Mereka mendengar apa-apa sahaja kata-kata raka mereka seperti kerbau dicucuk hidung. Sebagai contoh, rakan sebaya yang menghisap rokok akan mempengaruhi seseorang yang tidak merokok sebelumnya dan lama-kelamaan, remaja tersebut akan turut merokok. Hal ini bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat, hasilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Sesetengah remaja juga berasa, cemburu melihat rakan-rakan mereka ada teman lelaki. Perlaku pasangan bercinta yang dikaitkan dengan keindahan menyebabkan mereka mudah lalai dengan bisikan nafsu walaupun pada awalnya hanya sebagai cara menunjukan kasih sayang. Hal ini menyebabkan berlakunya perbuatan sumbang dalam kalangan pasangan bercinta dan berterusan menyebabkan berlakunya seks bebas.          

 Selain itu, sikap ingin tahu remaja juga antara punca kepada masalah ini. Remaja kini sangat cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu.sikap ingin tahu tentang sesuatu sememangnya wujud dalam diri remaja. Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja beranggapan bahawa mereka menjadi lebih matang dan hebat dengan mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain. Lebih-lebih lagi perlakuan seks rambang. Hakikatnya remaja yang matang seharusnya berfikiran positif dan rasional dalam membuat keputusan dan bukannya dengan cara yang ditegah oleh agama. Persis kata peribahasa Melayu,”sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”, menjelaskan kepada kita betapa pentingnya kita membuat keputusan dengan bijak agar tidak menyesal di kemudian hari. Disamping itu, pengaruh media social juga antara faktor berlakunya pembuangan bayi.Faktor dalaman iaitu rohani yang lemah dan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur berbentuk maksiat dari media massa dan capaian luar yang semakin canggih dan berkembang seperti internet saat ini. Propaganda “segalanya di hujung jari anda” mempunyai maksud tersirat yang turut menyumbang kearah maksiat yang bermula dengan maksiat kecil yang semakin berkembang dan serius. Kecanggihan ini yang menyumbang kearah kewujudan CD lucah, gambar lucah, penggunaan internet tanpa kawalan ibu bapa dan sebagainya yang dapat menaikkan syahwat remaja masa kini. Ditambah lagi dengan jaringan sosial yang banyak seperti facebook, twitter, skype dan sebagainya yang membolehkan seseorang berinteraksi dengan yang lain tanpa batasan.

Faktor keempat berlakunya pembuangan bayi ialah disebabkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan terdorong untuk menjalinkan hubungan bertentangan dengan hukum agama. Kesannya, remaja perempuan akan mengandung tanpa ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang lemah pegangan agama tidak akan teragak-agak untuk membuang zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu bertanggungjawab atas zuriat tersebut. Akhir sekali, terlanjur dalam hubungan cinta juga atra faktor pembuanga bayi. Lelaki yang tidak mempunyai perasaan tanggungjawab, “Habis madu sepah dibuang” inilah ungkapan yang sesuai dengan lelaki tersebut. Sebelum hamil, lelaki tersebut berjanji manis untuk memikat teman wanitanya. Malangnya, setelah perempuan tersebut hamil, lelaki itu lesap dan tidak bertanggungjawab. Ini menyebabkan wanita yang mengandungkan anak luar nikah itu berasa tertipu dan seterusnya perasaan benci meluap-luap kepada lelaki dan bayi dalam kandungannya. Tanpa sokongan, wanita adalah seorang yang lemah dan justeru itu wanita yang terdesak itu terpaksa membuang bayi tersebut.


Faktor berlakunya pembuangan bayi dari segi masayarakat yang pertama ialah, sikap memandang keji.Sikap masyarakat yang memandang keji kepada mereka yang terjebak didalam gejala social juga, menyumbangkan kredit di dalam masalah ini. Sesetengah individu masyarakat memandang kotor kepada mereka yang mempunyai masalah sosial. Kesannya mereka yang terjerumus ini akan membuat kesimpulan bahawa diri mereka tidak diterima oleh masyarakat. Jadi timbullah perumpamaan“Alang-alang menyeluk perkasam, biarlah ke sampai pangakl lengan” maksudnya alang-alang orang tidak menyukai kita, sebab kita jahat membuatkan mereka terasa alang-alang jahat, biarlah jahat sungguh. Disebabkan itu, mereka tersilap langkah di sebabkan masyarakat menyebabkan mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Selain itu, penyajian hiburan tanpa batas kepada masyarakat, di mana para remaja yang berdarah panas suka mencuba adalah merupakan anggota masyarakat ini. Penayangan filem-filem yang berunsur lucah, penjualan cd-cd lucah, penyebaran gambar lucah di dalam internet tanpa kawalan menjadi pemangkin pada perzinaan. Maka dari perzinaan tanpa segan silu ini, melahirkan anak-anak luar nikah yang dibuang merata-rata tempat, yang kadang kala mati menjadi habuan binatang-binatang liar. Manusia sudah tidak lagi malu sesama manusia, yang lebih malang, manusia sudah tidak malu kepada Penciptanya.

Faktor yang terakhir ialah, pemikiran masayarakat Melayu terutamanya, yang menyusahkan perkahwinan. Budaya Melayu yang mengutamakan kenduri yang megah, hantaran yang mesti lumayan dan lain-lain, menyebabkan masyarakat merasakan perkahwinan itu sesuatu yang menyusahkan. Akhirnya, individu yang mungkin rasa begitu perlu untuk berkahwin, tidak dapat mengawal ghairahnya, mengambil jalan mudah dengan melakukan zina, akhirnya melahirkan anak luar nikah.


            Isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja telah memberikan impak yang besar pada diri sendiri, masyarakat mahupun negara. Ianya seolah olah ‘trend’ bagi masyarakat hari ini.

            Antara implikasi pembuangan bayi ini adalah bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa. Bayi merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Bagi pasangan suami isteri, bayi adalah insan yang paling berharga tetapi menjadi bebanan yang begitu berat kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur. Kebanyakan mereka tidak bersedia untuk memikul tanggunggjawab sebagai ibu bapa pada usia yang masih mentah. Akibat tiada sifat perikemanusiaan, bayi tersebut dibuang supaya tidak merosakkan hubungan sosial dengan masyarakat sekeliling termasuk ibu bapa. Yang lebih menyedihkan bayi tersebut dibuang di tempat yang tidak sepatutnya seperti longkang. Tandas, tempat pembuangan sampah dan lain-lain.

            Selain itu, hidup pelaku akan terumbang ambing dan ini boleh menyebabkan berlakunya penderaan emosi. Mereka akan terganggu dengan perasaan resah dan bersalah terhadap perbuatan mereka sendiri dan ianya mampu mencipta halusinansi. Ini akan menyebabkan pelaku boleh mendapat tekanan mental akibat kecuaian diri sendiri.

            Seterusnya, keruntuhan institusi kekeluargaan. Setiap keluarga sentiasa mahukan ahli-ahli keluarganya terdiri daripada kategori yang alim, sopan dan pandai menjaga diri serta baik budi pekerti. Oleh itu, jika salah seorang ahli keluarga mereka terlibat dengan zina dan pembuangan bayi, pelaku akan dipinggirkan kerana berzina adalah perbuatan yang menjijikkan dan amat memalukan. Ahli keluarga akan berasa malu kerana ianya akan menjadi buah mulut jiran sekeliling dan nama baik mereka akan tercemar. Mungkin juga ibu bapa pelaku boleh bercerai kerana masing-masing menyalahkan antara satu sama lain di atas tiket tidak pandai menjaga anak dan ini menyebabkan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara.

            Kes pembuangan bayi ini juga, akan menjejaskan imej masyarakat setempat kerana sudah semestinya mereka berasa malu disebabkan kejadian tersebut bak kata pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Pepatah ini amat sesuai kerana disebabkan perbuatan seseorang, semua orang di sekelilingnya mendapat calitan buruk dan orang luar akan memandang rendah kredibiliti masyarakat setempat tersebut.

            Akhir sekali, kes pembuangan bayi ini akan memberikan impak yang sangat besar kepada negara kerana jatuh bangun negara bergantung kepada akhlak remaja pada masa sekarang. Ini kerana remaja adalah pemimpin negara pada masa akan datang bak kata pepatah ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Selain itu, pembangunan negara akan terbantut dan ini boleh menyebabkan ekonomi negara merudum. Ini terjadi apabila perbelanjaan kerajaanyang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara digunakan untuk membiayai kos penjagaan bayi yang diletakkan di rumah-rumah kebajikan.  

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kekurangan didikan agama merupakan utama dalam masalah pembuangan bayi ini. Biasanya golongan remaja yang kurang didikan agama merupakan golongan yang paling banyak menyumbang kepada masalah ini. Tambahan pula, remaja yang kurang didikan agama akan menyebabkan mereka tiada mempunyai perasaan tentang sikap bertanggungjawab dan akhirnya sanggup mengorbankan anak yang baru dilahirkan. Selain itu, didikan agama dalam sahsiah remaja amat penting kerana dapat mengawal sebarang tingkah laku mereka. Dengan adanya didikan agama, maka remaja akan bertindak secara rasional sebelum melakukan sesuatu malah mereka akan dapat dapat membezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. Oleh itu, semua pihak perlulah bersikap menjaga tepi kain orang di sekeliling dan mengambil berat tentang isu ini supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi agama. Terdapat pelbagai langkah-langkah untuk menyelesaikan wabak sosial yang semakin berleluasa ini.

            Di samping itu, kepincangan institusi kekurangan juga menjadi punca dalam masalah ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materialistik sehingga mengabaikan anak-anak yang telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Dalam mengejar kemewahan harta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu. Selain itu, ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-anak sendiri.

            Lain daripada itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnya masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perakara di luar batasan agama dan norma masyarakat, misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejala-gejala negatif tersebut akan melakukan seks rambangdan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka. Hal yang demikian kerana mereka akan berperasaan malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka.

            Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiada penawarnya. Oleh yang demikian, langkah yang drastik dan efisien perlulah diambil untuk mengatasi masalah gejala ini daripada semakin meningkat. Langkah yang utama hendaklah diambil oleh ibu bapa. Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan pahala. Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dididik dalam jiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu. Umumnya, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal dan sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan mereka daripada terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus ke lembah penzinaan.

            Bukan sahaja ibu bapa, tanggungjawab untuk mengatasi masalah pembuangan bayi turut melibatkan pihak kerajaan dan media massa serta masyarakat di negara ini. Pihak berkuasa mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membnagkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Sebagai contoh, kempen Kami Prihatin. Dalam konteks ini, inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan haruslah berterusan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Di samping itu, peranan media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan. Masyarakat juga harus menyokong semua aktiviti yang telah diadakan untuk rakyat Malaysia.

Secara kesimpulannya, gejala pembuangan bayi merupakan masalah yang memerlukan komitmen semua pihak unutuk mengatasinya. Kita hendaklah berganding bahu membenteras masalah ini sehingga ke akar umbi ibarat kata pepatah, “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Pihak kerajaan hendaklah mengadakan pelbagai program yang bermanfaat untuk golongan remaja agar masa lapang mereka terisi dengan aktiviti yang bermaslahat. Remaja tidak boleh dibiarkan sendirian mengemudikan kehidupan mereka kerana mereka bukanlah nakhoda professional. Apabila dihempas gelombang, mereka pasti akan haram.

Selain itu, kaum wanita seharusnya mempunyai kesedaran dan usaha untuk memahami bahawa apa yang mereka lakukan adalah bercanggah dengan kemurnian agama dan juga salah disisi undang-undang. Pergaulan bebas tanpa batasan membawa kepada penzinaan dan lahir anak luar nikah menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku dalam kalangan remaja. Hal ini jauh daripada kemurnian agama.

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dari segi sahsia mereka. Ibu bapa merupakan insan yang mempunyai hubungan darah dengan anak-anak. Anak-anak merupakan kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan kain putih itu. Seharusnya ibu bapa menjadi insan yang paling rapat dengan anak-anak , terutama remaja. Di samping iu, ibu bapa juga harus mengambil tahu pergerakan mereka setiap masa. Contohnya dengan siapa mereka keluar, kemana mereka keluar dan juga aktivi-aktiviti yang mereka lakukan diluar. Sifat ibu bapa yang terlalu mempercayai anak-anak hinggakan mereka membiarkan anak-anak keluar sesuka hati boleh mengundang padah.

Oleh itu, didikan agama hendaklah dipasak teguh dijiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu semata-mata. Mudah- mudahan, hasrat kita untuk melahirkan remaja Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi reality dan masalah pembuangan bayi tidak lagi menghantui masyarakat kita.





















SLIDE


















Friday, 7 October 2016

PENDAHULUAN



             Dalam meniti kehidupan pada marcapada,bilang gelandangan kian bertambah bak kat perpatah ‘bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Sudah diketahui umum , bahawa gelandangan adalah orang-orang yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap atau erti kata lain orang-orang yang merempat.

            Setiap lapisan masyarakat, memberi pelbagai pandangan mengenai perkara ini. Sekurang-kurangnya, melalui tindak balas yang diberikan, mempamerkan sisi-sisi kemanusiaan masih dimiliki oleh manusia di negara ini, melainkan golongan opportunis, yang hanya mengambil kesempatan daripada reaksi emosi manusia untuk ditunggangnya bagi mencapai cita-citanya untuk mempopularkan dan mewirakan diri mereka sebagai penyelamat dalam kekelam-kabutan daripada kenyataan politik itu.

            Isu gelandangan ini sudah lama. Harus dipelajari bahwa setiap mereka ini punyai kisah hidup yang berbeza. Ada manusia mempertikaikan, mereka ini, ada yang sudah bekerja, mahu disara hidupnya dengan mendapat makanan percuma pula. Sekiranya begitu, pertentangan hujah yang sama juga harus diberikan kepada golongan pemilik syarikat ternama; sudahlah kaya, kenapa perlu diberi subsidi juga?


          Walau bagaimanapun, mereka terlupa mengenai soal kos sara diri yang tinggi dalam sesuatu kota. Maka, pada akhirnya, kita harus akui, teori sosial Darwin mengenai konsep survival manusia teraplikasi di sini. Golongan gelandangan ini terdiri dari mereka yang bervariasi, mereka yang bekerja, mereka yang muflis, mereka yang dihalau keluarga dan sebagainya. Mereka ini juga berbeza daripada sindiket peminta sedekah yang berorientasikan untuk mendapatkan wang semata-mata. Saya pernah cuba mendekati kanak-kanak yang meminta sedekah ini, dan menawarkan makanan selain daripada wang, dan mereka berkeras untuk mendapatkan wang. Mereka inilah yang sebenarnya harus diberi perhatian oleh pihak berwajib. Bukan sekadar menghalau dan menangkap mereka, tetapi menjejaki siapa kepala mereka.Persoalanya , apakah faktor berlakunya isu gelandangan ini?