Sunday, 9 October 2016

PEMBUANGAN BAYI


Pada abad ke-21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia menongkah arus pemodenan dalam dunia global ini. Kini, Malaysia begitu terkenal dimata dunia. Namun begitu, disebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat , iaitu masalah pembuangan bayi. Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana kepada negara. Pembuangan bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini.

Ramai remaja yang mengandung anak luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Seperti tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan. Ada antara bayi yang ditemui masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang menyedihkan. Dari perbuatan yang tidak bermoral inilah yang dapat melahirkan satu janin yang bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang hanya mementingkan diri sendiri.

 Hampar setiap hari, banyak laporan yang boleh didapati di dada-dada akhbar, media sosial dan juga televisyen. Ada yang lebih menyayat hati, apabila terdapat bayi yang tidak berdosa dibuang ditempat yang tidak sepatutnya seperi tong sampah , lubang tandas , sungai dan sebagainya menjadi tempat dimana  pembuangan bayi-bayi malang ini ditemui.
Tindakan membuang bayi ini merupakan jenayah yang amat besar dosa dan hukumannya bagi seseorang yang beragama islam. Firman Allah s.w.t didalam surah An-Nisa ayat 93:
            “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan azab seksa yang besar”


Faktor berlakunya masalah pembuangan bayi dari segi peranan ibu bapa yang pertama ialah kurang didikan agama. Seseorang yang mengamalkan ajaran agama sebagai pedoman hidup tidak akan melakukan perkara yang tidak bermoral ini. Ibu bapa yang terlalu sibuk juga terlupa tanggungjawab mereka untuk menerapkan ajaran agama dan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Tanpa agama, hidup seseorang itu dikatakan tidak lengkap dan tidak sempurna. Setiap agama samada Islam, Kristian, Hindu dan sebagainya menyuruh kepada kebaikan, malah melarang dari melakukan kejahatan sama sekali. Kurangnya iman dalam diri menyebabkan mereka hilang haluan dan arah sekaligus mendorong kearah gejala negatif. Bermula dari yang kecil seperti melepak tanpa menghiraukan muhrim, kepada budaya ber “couple”, dan seterusnya zina dan akhirnya pembuangan bayi. Sekiranya sejak kecil lagi mereka tidak diajar tentang hukum hakam Islam dan halal haram, maka mereka akan melakukan apa sahaja yang dianggap seronok dan sesuai mengikut citarasa mereka, mereka akan mengikut sahaja hawa nafsu dan dalam kata lain, bertuhankan nafsu dan amarah. Sebagaimana Firman Allah SWT:Adakah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya, dan dimeteraikan atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi petunjuk kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu beringat dan insaf (Surah Al-Jathiyah ayat 23.)

Selain itu ibu bapa memainkan peranan yang penting di dalam pendidikan sahsiah anak-anak. Sikap ibu bapa yang terlampau percayakan anak-anak, mendorong anak-anak bertindak melampaui batas. Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak mengendahkan kehidupan anak-anak menjadikan mereka merasakan bebas untuk membuat apa sahaja tanpa batasan. Tidak dinafikan, bahawa individu yang paling dekat dengan seseorang anak adalah ibu bapanya. Jika ibu bapa tidak mengendahkan mereka siapa lagi? Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sehingga tidak mengendahkan sebarang perilaku anak-anak boleh menyebabkan anak-anak bertindak melampaui batas seperti keluar rumah sehingga tengah malam lepak bersama teman wanita/lelaki dan sebgainya. Seterusnya keruntuhan institusi keluarga juga faktor yang menyebabkan masalah sosial yang membawa pada pembuangan bayi. Kehidupan pada era millennium hari ini, mengheret masyarakat menjadi leka untuk mengejar kebendaan dan pembangunan. Sikap terlampau mengejar kebendaan yang tidak diimbangkan dengan nilai-nilai murni kekeluargaan akan menatijah kepincangan. Disebabkan itu, anak-anak kurang perhatian dan jika mahukan duit, ibu bapa akan memberikan sahaja poket-poket mereka tanpa berpikir panjang. Natijahnya anak-anak ini keluar bebas tanpa batasan dan terpengaruh dengan rakan-rakan dengan mempercayai mereka dan melakukan hubungan bebas, akhirnya penzinaan dan menjadi kes pembuangan bayi. Akhir sekali, dalam dunia masa kini, setiap manusia sibuk mengejar kemewahan dan ramai ibu bapa bekerja untuk menyara keluarga masing-masing. Disebabkan itu, mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Akibat daripada kesibukan mereka, mereka lepas tangan terhadap anak-anak mereka dan menaruh kepercayaan terhadap anak-anak mereka dalam melakukan sesuatu atau mengambil apa-apa keputusan. Mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Anak-anak mereka merasa seolah-seolah diabaikan dan tertekan dengan keadaan mereka. Disebabkan itu, mereka mencari jalan keluar dan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan mereka tercari-cari orang yang dapat memberi kasih sayang dan kebahagiaan kepada mereka.

Faktor berlakuknya masalah pembuangan bayi dari sikap diri sendiri yang pertama ialah, pengaruh rakan sebaya.  Remaja pada masa kini lebih rapat dengan rakan sebaya mereka daripada ibu bapa. Mereka mudah terpengaruh dengan kata-kata manis rakan sebaya. Mereka mendengar apa-apa sahaja kata-kata raka mereka seperti kerbau dicucuk hidung. Sebagai contoh, rakan sebaya yang menghisap rokok akan mempengaruhi seseorang yang tidak merokok sebelumnya dan lama-kelamaan, remaja tersebut akan turut merokok. Hal ini bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat, hasilnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Sesetengah remaja juga berasa, cemburu melihat rakan-rakan mereka ada teman lelaki. Perlaku pasangan bercinta yang dikaitkan dengan keindahan menyebabkan mereka mudah lalai dengan bisikan nafsu walaupun pada awalnya hanya sebagai cara menunjukan kasih sayang. Hal ini menyebabkan berlakunya perbuatan sumbang dalam kalangan pasangan bercinta dan berterusan menyebabkan berlakunya seks bebas.          

 Selain itu, sikap ingin tahu remaja juga antara punca kepada masalah ini. Remaja kini sangat cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu.sikap ingin tahu tentang sesuatu sememangnya wujud dalam diri remaja. Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja beranggapan bahawa mereka menjadi lebih matang dan hebat dengan mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain. Lebih-lebih lagi perlakuan seks rambang. Hakikatnya remaja yang matang seharusnya berfikiran positif dan rasional dalam membuat keputusan dan bukannya dengan cara yang ditegah oleh agama. Persis kata peribahasa Melayu,”sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”, menjelaskan kepada kita betapa pentingnya kita membuat keputusan dengan bijak agar tidak menyesal di kemudian hari. Disamping itu, pengaruh media social juga antara faktor berlakunya pembuangan bayi.Faktor dalaman iaitu rohani yang lemah dan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur berbentuk maksiat dari media massa dan capaian luar yang semakin canggih dan berkembang seperti internet saat ini. Propaganda “segalanya di hujung jari anda” mempunyai maksud tersirat yang turut menyumbang kearah maksiat yang bermula dengan maksiat kecil yang semakin berkembang dan serius. Kecanggihan ini yang menyumbang kearah kewujudan CD lucah, gambar lucah, penggunaan internet tanpa kawalan ibu bapa dan sebagainya yang dapat menaikkan syahwat remaja masa kini. Ditambah lagi dengan jaringan sosial yang banyak seperti facebook, twitter, skype dan sebagainya yang membolehkan seseorang berinteraksi dengan yang lain tanpa batasan.

Faktor keempat berlakunya pembuangan bayi ialah disebabkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan terdorong untuk menjalinkan hubungan bertentangan dengan hukum agama. Kesannya, remaja perempuan akan mengandung tanpa ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang lemah pegangan agama tidak akan teragak-agak untuk membuang zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu bertanggungjawab atas zuriat tersebut. Akhir sekali, terlanjur dalam hubungan cinta juga atra faktor pembuanga bayi. Lelaki yang tidak mempunyai perasaan tanggungjawab, “Habis madu sepah dibuang” inilah ungkapan yang sesuai dengan lelaki tersebut. Sebelum hamil, lelaki tersebut berjanji manis untuk memikat teman wanitanya. Malangnya, setelah perempuan tersebut hamil, lelaki itu lesap dan tidak bertanggungjawab. Ini menyebabkan wanita yang mengandungkan anak luar nikah itu berasa tertipu dan seterusnya perasaan benci meluap-luap kepada lelaki dan bayi dalam kandungannya. Tanpa sokongan, wanita adalah seorang yang lemah dan justeru itu wanita yang terdesak itu terpaksa membuang bayi tersebut.


Faktor berlakunya pembuangan bayi dari segi masayarakat yang pertama ialah, sikap memandang keji.Sikap masyarakat yang memandang keji kepada mereka yang terjebak didalam gejala social juga, menyumbangkan kredit di dalam masalah ini. Sesetengah individu masyarakat memandang kotor kepada mereka yang mempunyai masalah sosial. Kesannya mereka yang terjerumus ini akan membuat kesimpulan bahawa diri mereka tidak diterima oleh masyarakat. Jadi timbullah perumpamaan“Alang-alang menyeluk perkasam, biarlah ke sampai pangakl lengan” maksudnya alang-alang orang tidak menyukai kita, sebab kita jahat membuatkan mereka terasa alang-alang jahat, biarlah jahat sungguh. Disebabkan itu, mereka tersilap langkah di sebabkan masyarakat menyebabkan mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Selain itu, penyajian hiburan tanpa batas kepada masyarakat, di mana para remaja yang berdarah panas suka mencuba adalah merupakan anggota masyarakat ini. Penayangan filem-filem yang berunsur lucah, penjualan cd-cd lucah, penyebaran gambar lucah di dalam internet tanpa kawalan menjadi pemangkin pada perzinaan. Maka dari perzinaan tanpa segan silu ini, melahirkan anak-anak luar nikah yang dibuang merata-rata tempat, yang kadang kala mati menjadi habuan binatang-binatang liar. Manusia sudah tidak lagi malu sesama manusia, yang lebih malang, manusia sudah tidak malu kepada Penciptanya.

Faktor yang terakhir ialah, pemikiran masayarakat Melayu terutamanya, yang menyusahkan perkahwinan. Budaya Melayu yang mengutamakan kenduri yang megah, hantaran yang mesti lumayan dan lain-lain, menyebabkan masyarakat merasakan perkahwinan itu sesuatu yang menyusahkan. Akhirnya, individu yang mungkin rasa begitu perlu untuk berkahwin, tidak dapat mengawal ghairahnya, mengambil jalan mudah dengan melakukan zina, akhirnya melahirkan anak luar nikah.


            Isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja telah memberikan impak yang besar pada diri sendiri, masyarakat mahupun negara. Ianya seolah olah ‘trend’ bagi masyarakat hari ini.

            Antara implikasi pembuangan bayi ini adalah bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa. Bayi merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Bagi pasangan suami isteri, bayi adalah insan yang paling berharga tetapi menjadi bebanan yang begitu berat kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur. Kebanyakan mereka tidak bersedia untuk memikul tanggunggjawab sebagai ibu bapa pada usia yang masih mentah. Akibat tiada sifat perikemanusiaan, bayi tersebut dibuang supaya tidak merosakkan hubungan sosial dengan masyarakat sekeliling termasuk ibu bapa. Yang lebih menyedihkan bayi tersebut dibuang di tempat yang tidak sepatutnya seperti longkang. Tandas, tempat pembuangan sampah dan lain-lain.

            Selain itu, hidup pelaku akan terumbang ambing dan ini boleh menyebabkan berlakunya penderaan emosi. Mereka akan terganggu dengan perasaan resah dan bersalah terhadap perbuatan mereka sendiri dan ianya mampu mencipta halusinansi. Ini akan menyebabkan pelaku boleh mendapat tekanan mental akibat kecuaian diri sendiri.

            Seterusnya, keruntuhan institusi kekeluargaan. Setiap keluarga sentiasa mahukan ahli-ahli keluarganya terdiri daripada kategori yang alim, sopan dan pandai menjaga diri serta baik budi pekerti. Oleh itu, jika salah seorang ahli keluarga mereka terlibat dengan zina dan pembuangan bayi, pelaku akan dipinggirkan kerana berzina adalah perbuatan yang menjijikkan dan amat memalukan. Ahli keluarga akan berasa malu kerana ianya akan menjadi buah mulut jiran sekeliling dan nama baik mereka akan tercemar. Mungkin juga ibu bapa pelaku boleh bercerai kerana masing-masing menyalahkan antara satu sama lain di atas tiket tidak pandai menjaga anak dan ini menyebabkan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara.

            Kes pembuangan bayi ini juga, akan menjejaskan imej masyarakat setempat kerana sudah semestinya mereka berasa malu disebabkan kejadian tersebut bak kata pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Pepatah ini amat sesuai kerana disebabkan perbuatan seseorang, semua orang di sekelilingnya mendapat calitan buruk dan orang luar akan memandang rendah kredibiliti masyarakat setempat tersebut.

            Akhir sekali, kes pembuangan bayi ini akan memberikan impak yang sangat besar kepada negara kerana jatuh bangun negara bergantung kepada akhlak remaja pada masa sekarang. Ini kerana remaja adalah pemimpin negara pada masa akan datang bak kata pepatah ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Selain itu, pembangunan negara akan terbantut dan ini boleh menyebabkan ekonomi negara merudum. Ini terjadi apabila perbelanjaan kerajaanyang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara digunakan untuk membiayai kos penjagaan bayi yang diletakkan di rumah-rumah kebajikan.  

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kekurangan didikan agama merupakan utama dalam masalah pembuangan bayi ini. Biasanya golongan remaja yang kurang didikan agama merupakan golongan yang paling banyak menyumbang kepada masalah ini. Tambahan pula, remaja yang kurang didikan agama akan menyebabkan mereka tiada mempunyai perasaan tentang sikap bertanggungjawab dan akhirnya sanggup mengorbankan anak yang baru dilahirkan. Selain itu, didikan agama dalam sahsiah remaja amat penting kerana dapat mengawal sebarang tingkah laku mereka. Dengan adanya didikan agama, maka remaja akan bertindak secara rasional sebelum melakukan sesuatu malah mereka akan dapat dapat membezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. Oleh itu, semua pihak perlulah bersikap menjaga tepi kain orang di sekeliling dan mengambil berat tentang isu ini supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi agama. Terdapat pelbagai langkah-langkah untuk menyelesaikan wabak sosial yang semakin berleluasa ini.

            Di samping itu, kepincangan institusi kekurangan juga menjadi punca dalam masalah ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materialistik sehingga mengabaikan anak-anak yang telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Dalam mengejar kemewahan harta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu. Selain itu, ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-anak sendiri.

            Lain daripada itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnya masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perakara di luar batasan agama dan norma masyarakat, misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejala-gejala negatif tersebut akan melakukan seks rambangdan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka. Hal yang demikian kerana mereka akan berperasaan malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka.

            Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiada penawarnya. Oleh yang demikian, langkah yang drastik dan efisien perlulah diambil untuk mengatasi masalah gejala ini daripada semakin meningkat. Langkah yang utama hendaklah diambil oleh ibu bapa. Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan pahala. Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dididik dalam jiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu. Umumnya, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal dan sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan mereka daripada terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus ke lembah penzinaan.

            Bukan sahaja ibu bapa, tanggungjawab untuk mengatasi masalah pembuangan bayi turut melibatkan pihak kerajaan dan media massa serta masyarakat di negara ini. Pihak berkuasa mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membnagkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Sebagai contoh, kempen Kami Prihatin. Dalam konteks ini, inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan haruslah berterusan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Di samping itu, peranan media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan. Masyarakat juga harus menyokong semua aktiviti yang telah diadakan untuk rakyat Malaysia.

Secara kesimpulannya, gejala pembuangan bayi merupakan masalah yang memerlukan komitmen semua pihak unutuk mengatasinya. Kita hendaklah berganding bahu membenteras masalah ini sehingga ke akar umbi ibarat kata pepatah, “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Pihak kerajaan hendaklah mengadakan pelbagai program yang bermanfaat untuk golongan remaja agar masa lapang mereka terisi dengan aktiviti yang bermaslahat. Remaja tidak boleh dibiarkan sendirian mengemudikan kehidupan mereka kerana mereka bukanlah nakhoda professional. Apabila dihempas gelombang, mereka pasti akan haram.

Selain itu, kaum wanita seharusnya mempunyai kesedaran dan usaha untuk memahami bahawa apa yang mereka lakukan adalah bercanggah dengan kemurnian agama dan juga salah disisi undang-undang. Pergaulan bebas tanpa batasan membawa kepada penzinaan dan lahir anak luar nikah menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku dalam kalangan remaja. Hal ini jauh daripada kemurnian agama.

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak dari segi sahsia mereka. Ibu bapa merupakan insan yang mempunyai hubungan darah dengan anak-anak. Anak-anak merupakan kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan kain putih itu. Seharusnya ibu bapa menjadi insan yang paling rapat dengan anak-anak , terutama remaja. Di samping iu, ibu bapa juga harus mengambil tahu pergerakan mereka setiap masa. Contohnya dengan siapa mereka keluar, kemana mereka keluar dan juga aktivi-aktiviti yang mereka lakukan diluar. Sifat ibu bapa yang terlalu mempercayai anak-anak hinggakan mereka membiarkan anak-anak keluar sesuka hati boleh mengundang padah.

Oleh itu, didikan agama hendaklah dipasak teguh dijiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu semata-mata. Mudah- mudahan, hasrat kita untuk melahirkan remaja Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi reality dan masalah pembuangan bayi tidak lagi menghantui masyarakat kita.





















No comments:

Post a Comment