Friday, 7 October 2016

LANGKAH MENGATASI

  Gelandangan ialah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat,serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum Sedangkan,pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain.

             Dalam usaha menangani isu gelandangan ini terdapat beberapa jalan penyelesaian yang boleh dilakukan.Antaranya menubuhkan pusat pertubuhan bukan kerajaan,Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan(homeless) di sekitar Lembah Klang.Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat(KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani isu golongan gelandangan dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan yang terbaik.

               Bagi mereka yang ingin mencari kaunter pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan berhampiran Hentian Puduraya.Selain itu,Mesyuarat Majlis Sosial Negara untuk menubuhkan sebuah pusat Sehenti Intervensi bertujuan membantu golongan gelandangan.Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan itu serta memberikan perlindungan sementara supaya selepas itu mereka boleh berdikari.


               Langkah seterusnya,pihak berkuasa boleh menyediakan tempat penginapan sementara kepada golongan yang tidak berumah ini.Walaupun tindakan ini merupakan penyelesaian jangka pendek,namun sekurang-kurang berupaya menyelesaikan sedikit masalah yang dihadapi oleh golongan ini.Penyediaan “Anjung Singgah” yang diusahakan oleh NGO banyak membantu mereka yang berumah untuk tumpang berteduh.Sebagai langkah jangka panjang,pihak berkuasa perlu menyediakan rumah mampu milik kepada golongan ini.Penyediaan rumah mampu milik merupakan satu langkah yang bijak yang dicetuskan oleh pihak kerajaan di negara ini.

               Selain itu,pihak yang bertanggungjawab juga perlu menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai kepada golongan ini.Sebahagian besar golongan ini tidak memiliki kelulusan,kemahiran yang tinggi.Kerajaan boleh menghadkan pengambilan pekerja asing untuk mengisi kekosongan dalam sektor yang memerlukan tenaga buruh kasar.Sesuai dengan kelulusan yang ada,golongan ini berupaya untuk mengisi kekosongan yang ada yang seterusnya membaiki taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.Tindakan yang berterusan ini berupaya menyelesaikan masalah kewujudan golongan yang tidak berumah di negara ini.

              Usaha yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah ini dengan tindakan penguatkuasaan undang-undang.Pihak berkuasa perlu membuat rondaan di tempat yang menjadi tumpuan golongan ini dengan kerap.Sekiranya perlu,pihak berkuasa perlu menangkap bagi menempatkan mereka ke satu tempat yang selamat.Selain itu,pihak berkuasa juga boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap waris yang mengabaikan ahli keluarga mereka.Jabatan Kabajikan Masyarakat boleh ikut sama sesama melakukan operasi.Tindakan tegas dan berterusan ini berupaya untuk mengurangkan masalah kewujudan golongan gelandangan di kota-kota negara.

             Kesimpulannya,operasi serta penguatkuasaan yang berterusan berupaya mengurangkan masalah kewujudan golongan gelandangan ini.Tidak mustahil suatu masa nanti,bandar-bandar besar di negara kita bebas daripada kewujudan manusia yang dikenali sebagai golongan gelandangan.Dengan itu, semua pihak perlu mengembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini yang kian merebak dan setiap gelandangan perlulah berusaha untuk berubah. Kementerian pembangunan wanita , keluarga dan masyarakat perlu menumbuhkan Jawatankuasa Khas untuk menangani isu  ini. Sebagai contoh membina rumah transit yang membekalkan makan dan tempat tinggal dan kaunter khas mendaftar golongan gelandangan di Ibu Kota untuk mencari pekerjaan.

No comments:

Post a Comment