Pendahuluan
Akhir-akhir ini isu murtad menjadi satu isu hangat yang
sering diperkatakan oleh masyarakat Islam di mana-mana sahaja, samada dalam
perbualan seharian, majalah-majalah dan disebut juga dalam ceramah-ceramah yang
sering didengari bahkan ada kes-kes tertentu yang diangkat ke mahkamah. Selain
itu, munkin juga ramai umat Islam di Malaysia tidak mengetahui apa sebenar yang
terjadi apabila seseorang itu keluar dari agama Islam dan menganut agama
Kristian, agama Hindu dan sebagainya. Manakala terdapat juga yang mengamalkan
ajaran-ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin, Hassan Anak Harimau dan lain-lain
tidak dianggap murtad. Perkara ini tidak dianggap sensitif, yang dianggap
sensitif hanya yang masuk Kristian, Hindu, Budha dan agama-agama lain.
Definasi Murtad
Murtad dari segi Bahasa bermaksud ‘Kembali’. Manakala dari
segi istilah ia bermaksud meninggal atau keluar dari agama Islam dan memeluk
mana-mana agama atau mana-mana aqidah lain atau mana-mana ajaran sesat dan
menyeleweng samada dengan melalui perkataan, atau melalui perbuatan atau
apa-apa iktiqad, kepercayaan dan keyakinan hati.
Murtad atau keluar dari agama Islam merupakan satu jenayah
besar dalam Islam; Ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih
keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap menghina agama Islam, iaitu
menghina Allah S.W.T dan Rsulullah S.A.W. Sebab itu, orang murtad mesti
dijatuhkan hukuman bunuh setelah disuruh bertaubat beberapa kali sedangkan dia
tetap tidak mahu bertaubat.
Murtad dari Perspektif Islam
Seorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi murtad dengan
mempersekutukan Allah sama ada melalui iktiqad, ucapan atau pun perbuatan,
mengingkari agama Islam atau satu rukun padanya atau mengingkari satu hukum
Islam yang terdapat diketahui secara jelas dan sahih dan orang yang
mengiktiqadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan
oleh Allah. Dalam jenayah murtad, terdapat dua unsur penting iaitu tindakan
keluar daripada agama Islam seperti perbuatan yang boleh membawa syirik ialah
sujud kepada selain Allah dan mempunyai niat melakukannya dengan sengaja.
Terdapat beberapa pandangan mengenai hukuman murtad dalam
Islam dan boleh dirumuskan kepada dua bahagian:
i. Hukuman
Murtad adalah Hudud
Golongan ini dipelopori oleh ulama tradisional seperti
Madhhab Shafii, Maliki dan Hanbali dimana mereka berpendapat bahawa murtad
tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah melainkan
bertaubat.
ii. Tiada
Ketetapan Bentuk Hukuman Murtad
Pendapat ini dipelopori oleh ulama kontemporari seperti Abd
al-Mutaali al-Saidi, Ibrahim al-Nakhai, Muhammad Abduh, Mohamad Hashim Kamali
dan lain-lain lagi. Pada dasarnya hukuman murtad bukanlah hudud tetapi hanya
takzir. Golongan ini berpendapat umpamanya pandangan Abd al-Mutaali al-Saidi
iaitu manusia diberikan kebebasan beragama mengikut pilihannya. Faktor yang
menyebabkan Rasululullah S.A.W menyatakan hukuman bunuh pada kesalahan murtad
bukanlah kerana kemurtadan mereka tetapi berfaktorkan pemberontakan menentang
Islam. Terdapat juga kritikan ulama terhadap kesahihan dan darjat hadis,
‘sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh’. Hadis ini adalah hadis ahad
dan tidak kuat untuk dijadikan hujah kepada sesuatu hukum menurut ilmu usul
fiqh.
Secara ringkasnya, kebanyakan ulama terdahulu berpegang
teguh bahawa murtad dikenakan hukuman hudud manakala ada ulama kontemporari
mengatakan tiada ketetapan mengenai hukuman murtad atau dalam erti kata lain
ianya adalah takzir.
Perkara-perkara yang Boleh Menjadi Murtad
Menurut Islam, Murtad boleh terjadi dengan melalui salah
satu dari tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata,
melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan
keyakinan dalam hati atau niat. Penjelasan sebab-sebab berikiut:
1 Melalui Perkataan /
Ucapan dan Kata-kata (Murtad Quwali)
Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan
kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan
prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata
yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad
S.A.W dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T dan sebagainya, atau seseorang
itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib berpuasa, wajib sembahyang lima
waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram,
berzina harus, apatah lagi kalu suka sama suka, riba’ diharuskan (tidak haram),
dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan
menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa
mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. Apabila dia mendengar kata-kata
itu, dia menjawab, ‘aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah
(dengan niat mahu menghina Sunnah tersebut)’. Atau dia melakukannya’. Atau dia
berkata ‘Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin’. Atau pun dia
berkata, ‘Aku tidak tahu apa itu iman’. Semua kata-kata di atas adalah ucapan
yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian
seseorang itu boleh menjadi murtad.
Begitu juga seseorang yang zalim, apabila dia mendengar
orang yang dizaliminya berkata, ‘Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya)
adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan’, maka orang zalim tadi sebaik sahaja
mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong, ‘Aku lakukan itu
bukan dengan takdir Allah S.W.T tetapi dengan kuasa yang ada padaku’, maka
kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh jadi murtad.
Begitu juga kalua seseorang Islam menghalalkan hukum yang
haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknay mengharamkan sesuatu yang halal
yang telah disepakati oleh para ulama’ tentang halal atau haramnya perkara itu
seperti dia menghalalkan zina, an menghalalkan liwat, menghalalkan minum
arak,atau mengharamkan perkahwina, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka
sikap sedemikian boleh menjadi murtad.
Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh
kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad
iaitu:
- Hukum apa ini?
- Hukum ini sudah lapuk.
- Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba’ kerana menghalang kemajuan.
- Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tidak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
- Berzina kalua suka sama suka apalah haramnya?
- Minum arak kalau dengan tujuan menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
- Berjudi kalua masing-masing sudah rela menerima untung rugi apa salahnya.
- Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
- Seseorang berkata, ‘Perbuatan yang demikian tidak beradab’, apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
- Seseorang berkata, ‘Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah’, apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah Sunnah.
- Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
2 Melalui Perbuata atau
Tingkah Laku (Murtad Fi’li)
Apabila seseorang Islam melakukan apa-apa perbuatan atau
apa-apa tingkah laku yang boleh membatalkan imannya maka orang itu boleh
menjadi murtad seperti sujud kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada
malaikat atau kepada mana-mana makhluk lain atau tidak melakukan ibadat
terhadap selain Allah S.W.T. Seperti menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain.
Begitu juga dengan mana-mana perbuatan yang menghina,
merendah dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan al-Quran ke
tempat-tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab hadith dan tafsir
ataumemijak-mijaknya dengan niat menghina. Dalam buku Mustika Hadith ada
menyebut perbuatan yang boleh menjadi murtad seperti meletakkan ayat-ayat suci
al-Quran, hadith-hadith nabi, nama-nama Allah, rasul-rasulNya, malaikat dan
ilmu-ilmu agam di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan
merendahkannya.
Brgitu juga seseorang yang meninggalkan sembahyang Fardhu
atau puasa Ramadhan dalam keadaan mengingkari wajibnya atau mengatakan ia tidak
wajib, maka dia boleh menjadi murtad keran dia mengingkari satu perkara yang
memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah wajib ke atas
setiap orang Islam. Tetapi kalua dia meninggalkan kerana malas, sedangkan dia
yakin sembahyang dan puasa itu wajib, maka dia tidak menjadi murtad.
Melalui Akidah
atau Kepercayaan atau Niat (Murtad I’tiqadi)
Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku
apabila seseorang Islam mengingkari dalam hatinya mengenai kebenaran ajaran
Islam seperti dia yakin ajaran Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau
yakin bahawa agama lain lebih baik dari agama Islam, dia yakin hukum hudud
(jenayah Islam) tidak layak dilaksanakan sekarang dalam masyarakat moden.
Begitu juga apabila seseorang Iskam yakin Allah tidak
berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah lemah, mempunyai sifat sama
seperti makhluk dan sebagainya. Demikian juga jika seseorang itu percaya bahawa
Nabi Muhammad S.A.W bukan nabi akhir zaman, syariat dan ajaran Islam yang
dibawa bukan untuk seluruh manusia, atau dia percaya hukum Islam yang dibawa
oleh baginda adalah hukum-hukum lapok, tidak sesuai dengan zaman. Dia menghina
apa-apa ajaran yang dibawanya, Dia beriktiqad tidak ada dosa dan pahala, tidak
ada syurga dan neraka, manusia tidak dibangkitkan semula sesudah mati,
beriktiqad agama orang kafirlebih baik dari agama Islam, atau berbalik-balik
hati antara mahu menjadi kafir pada masa akan dating dan lain-lain lagi
keyakinan dan iktiqad yang salah.
Faktor Berlakunya Isu murtad
Kejahilan dalam ilmu tauhid serta tidak mengenal hakikat
tuhan yang sebenar. Menjadi factor utama dalam isu murtad. Hal ini kerana,
kebanyakkan orang yang tidak mengenal tuhan maka mudah untuk cenderung kepada
mana-mana agama selain Islam. Di samping itu, bagi sesiapa yang mengenal akan
hakikat tuhan pasti tidak akan murtad kerana dia tahu bahawa tuhan dalam agama
lain bukan tuhan yang sebenar.
Selain itu, tidak mendapat didikan agama dan bimbingan
daripada ibu bapa. Antara sebab tidak mendapat didikan agama daripada ibu bapa
ialah kerana kejahilan ibu bapa itu sendiri dalam ilmu agama terutamanya ilmu
tauhid yakni ilmu yang mengesahkan iman seseorang. Jika ibu bapa tidak
mempunyai ilmu tauhid untuk mendorong anak-anak maka anak-anak tidak mendapat
ilmu tersebut dan jahil disisi Allah.
Seterusnya, mengingkari dan mempersendakan hukum yang telah
ditetapkan oleh Allah. Sebagai contoh Islam menyuruh orang mukmin bersederhana
dalam melakukan sesuatu perkara. Akan tetapi, jika seseorang individu
menyatakan bahawa kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat
kita tidak maju. Kata-kata sedemikian boleh membuat seseorang itu menjadi
murtad.
Di samping itu, melakukan perbuatan yang merupakan perbuatan
khusus bagi orang-orang kafir seperti sujud kepada berhala, melakukan sesuatu
yang merupakan ibadah khusus orang-orang kafir atau melakukan perbuatan yang
bertentangan dengan pegangan seorang muslim seperti melemparkan al-quran dengan
sengaja ke tempat yang kotor, melemparkan kitab-kitab hadis dan tafsir.
Walaubagaimanapun hukum ini tertakluk dengan syarat seseorang itu melakukannya
dengan sukarela dan bukan dengan paksaan (Mustafa al-Khin. 1996: 467).
Mengucapkan perkataan yang bertentangan dengan pegangan
hidup seorang muslim samada pengucapan itu dengan iktikad atau degil atau
dengan tujuan gurau senda semata-mata seperti mencela agama, mencela Allah,
mencela salah seorang Nabi dan sebagainya. Seseorang yang mengucapkan perkataan
seperti; Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam tamadun manusia, Allah
tidak wujud, pemakaian hijab adalah membawa kepada kemunduran, dan sebagainya
adalah menyebabkan kekufuran samada ianya didorong oleh faktor iktikad, marah
atau kerana degil. Pengucapan perkataan yang bertentangan dengan pegangan
muslim adalah menyebabkan kekufuran sekalipun dengan tujuan gurau senda seperti
seseorang itu berkata kepada orang yang menasihatinya: jikalau kamu masuk ke
dalam syurga, tutuplah pintuya supaya aku tak boleh masuk bersama kamu (Mustafa
al-Khin. 1996: 467).
Murtad kerana meninggalkan sesuatu perkara yang
diperintahkan oleh Allah SWT. Perbuatan ini dianggap murtad apabila seseorang
itu meninggalkan perintah Allah SWT dengan tujuan mengingkari dan menzahirkan
penentangan terhadap perintah tersebut. Sebagai contoh: Imam al-Qurtubi dalam
tafsirnya ketika menjelaskan ayat:
(وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا
أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ
الْكَافِرُونَ); menjelaskan
bahawa barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah
SWT kerana menolak al-Quran dan menentang sabda Nabi SAW maka dia adalah kafir.
Ibn Masud menjelaskan bahawa ayat ini adalah umum bagi sesiapa sahaja yang tidak
berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT samada dari golongan orang
Islam, orang Yahudi dan orang-orang kafir. Sesiapa yang tidak berhukum
dengannya tetapi tidak mengingkarinya maka dia telah melakukan perkara yang
haram dan dia tetap tergolong dalam golongan orang-orang fasik dan urusannya
terserah kepada Allah SWT (Abdul Karim Zaidan. 1994: 313-314).
Implikasi Murtad
1) Individu
Implikasi murtad kepada individu adalah jika seseorang
individu menjadi murtad, maka, ia merupakan ancaman utama kepada survival
dan kewujudan agama Islam itu sendiri. Ini kerana orang yang murtad bukan
sekadar dianggap keluar daripada Islam sahaja tetapi dia sebenarnya telah
mencuba untuk menyerang agama Islam itu. maka individu itu akan dimurkai oleh
Allah S.W.T. Dengan cara segala amalan yang telah dilakukan olehnya semasa
beragama Islam tidak diterima oleh Allah, dan pada masa yang sama kehidupan
sehariannya tidak akan tenteram. Seterusnya Allah akan memberi hukuman
kepadanya semasa di dunia dan di akhirat di atas segala perbuatan yang telah
dilakukannya.
2) Masyarakat
Murtad menghapuskan identiti masyarakat muslim. Ini kerana
seorang yang murtad sebenarnya telah masuk ke dalam identiti ummah yang lain,
telah menukar ketaatannya dan telah mencabut identiti Islam darinya. Murtad
akan menyebabkan agama Islam dianggap seperti barang mainan semata-mata, iaitu
boleh masuk apabila dikehendaki dan boleh keluar pada bila-bila masa apabila
tidak dikehendaki. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak lagi mementingkan
identiti agama seseorang atau identiti sesuatu ummah. Kesan yang lebih besar
akan timbul apabila masyarakat menganggap semua agama adalah sama dari segi
identitinya. Di samping itu, ia akan menyebabkan kesan yang sangat negatif
kepada golongan masyarakat Islam yang lain. Hal ini kerana, golongan masyarakat
Islam yang kurang pengetahuan dalam ilmu tauhid akan mudah terpengaruh dengan
budaya agama lain. Selain itu, ia juga dapat memutuskan hubungan persaudaraan
sesama Islam di kalangan masyarakat dan akan menyebabkan masyarakat menjadi
mundur, tidak harmoni dan dipandang serong oleh masyarakat agama lain.
3) Agama
Perbuatan murtad dari agama Islam akan menyebabkan golongan
muslim yang lemah imannya akan merasa syak dan ragu-ragu tentang kebenaran
Islam. Senjata “al-tasykik” inilah yang sedang diguna pakai oleh golongan musuh
Islam untuk merosakkan identiti masyarakat muslim dan umat Islam. Ini telah
dijelaskan melalui kata-kata seorang pemimpin Yahudi: “berlakonlah seolah-olah
kamu beriman di pagi hari dan kemudian keluarlah dari agama tersebut (Islam)
pada waktu petangnya supaya golongan muslim berkata dalam hati mereka,
keluarnya mereka dari Islam adalah bukti bahawa agama Islam itu tidak sesuai,
ini kerana mereka adalah golongan yang telah diturunkan kitab dari langit
terlebih dahulu dari kita dan sesungguhnya mereka lebih mengetahui.
4) Negara
Murtad akan meninggalkan implikasi yang sangat negatif
terhadap negara kita, antaranya adalah negara kita akan di pandang hina oleh
negara luar. Hal ini kerana, negara luar mengetahui bahawa negara Malaysia
mempunyai warga negara yang majoritinya adalah beragama Islam. Dalam konteks
masyarakat Islam di Malaysia, salah satu ciri khusus orang melayu seperti yang
ditakrifkan dalam perlembagaan ialah beragama Islam. Peruntukan ini walaupun
bukanlah menunjukkan hakikat yang sebenar, namun dari sudut yang positifnya
dapat menjadi salah satu benteng daripada berleluasanya gejala murtad di
kalangan orang Melayu. Justeru itu, kecenderungan orang-orang melayu untuk
murtad atau meninggalkan Islam dibimbangi akan menyebabkan identiti Islam akan
terhakis dan imej Islam akan dipandang negatif oleh kalangan orang bukan Islam
di negara ini dan negara lain.
Langkah-Langkah Membendung Gejala Murtad
Oleh kerana usaha memurtadkan umat ini merupakan perencanaan
musuh global dari kalangan Zionist, Imprealist dan sekularis serta puak liberal
yang tertipu dengan dakwaan dan ajakan memerangi terrorism maka tindakan
membendung murtad mestilah dengan cara menimbulkan kesedaran yang mendalam di
kalangan umat Islam tentang perlunya mereka menjaga dan melindungi akidah
pegangan agama mereka dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakkan daripada
termakan dengan kata-kata tipu helah mereka.
Selain itu, kerajaan dan pihak berkuasa agama perlu
menggubal dan meluluskan undang-undang yang saksama terhadap perbuatan murtad.
Dengan adanya undang-undang maka gejala murtad dapat dibendung serta dapat
mencegah penggerunan demi menghalang merebaknya gejala murtad di kalangan
orang-orang Islam. Di samping itu, pihak berwajib perlu memainkan peranan
dengan mengadakan kempen besar-besaran untuk mengajak umat Islam agar dapat
menghayati nilai Islam dalam segenap bidang hidup, dan tidak memisah-misahkan
ajaran agama dari mana-mana bidang kehidupan adalah suatu kemestian yang wajar
diusahakan oleh seluruh institusi Islam, NGO muslim dan orang ramai.
Seterusnya, seluruh jentera media massa perlu tunduk kepada
polisi penyiaran yang telah ditetapkan untuk memantapkan pegangan keimanan
rakyat terhadap agama Islam tulen khasnya dan tidak menjurus ke arah
melemahkan, melonggarkan dan menyebarkan pemikiran Islam Liberal, progresif,
pluralis, inklusif atau hadhari yang menyimpang dari ajaran Islam yang
sebenarnya dalam masyarakat. Selain itu, Pendidikan Islam perlu dibebaskan dari
campur tangan musuh Islam untuk merobek dan mengubahpinda ajaran Islam yang telah
disempurnakan oleh ulama Islam leluhur. Perang global anti terrorisme yang
dilancarkan oleh Amerika tidak wajar menjadi sebab untuk ditampilkan Islam
versi baru samaada yang berjenamakan Islam progresif, liberal, hadhari dan
lain-lain.
Pihak institusi masyarakat madani, NGO Islam dan jabatan
agama Islam seluruh negara wajar mengadakan sebuah sekretariat
khusus untuk membuat kajian dan menjalankan penyelidikan serta memantau gejala
murtad di samping meningkatkan usaha-usaha ke arah mencari penyelesaian
yang berkesan terhadap gejala ini secara kolektif di bawah naungan Yang Di
Pertuan Agong dengan sokongan dana khusus dari kerajaan atau sumber wang
zakat. Kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan pula perlu menerima Islam
dalam versi politiknya dengan menerima pakai ajaran Islam yang syumul seperti
yang dibawa oleh Muhammad. S.A.W. Suatu skima Musalahah Nasional yang
menghimpunkan umat dalam gerakan massa Islam yang padu dengan melibatkan
seluruh kumpulan Islam baik politik mahupun NGO perlu diteroka untuk menghadapi
perancangan musuh Islam yang bersifat global untuk memerangi amalan Islam murni
dan tulin atas dakwaan ianya menifestasi Islam Extrimism dan Islam Politik.
Kesimpulan
Dari ulasan-ulasan di atas jelaslah bahawa murtad mengikut
pandangan Islam merupakan satu jenayah yang paling besar dan paling bahaya
kerana ia menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Oleh itu
hukum bunuh dengan memancung leher adalah satu hukuman yang setimpal dengan
jenayah yang dilakukan. Hukum tersebut juga untuk menakutkan orang lain supaya
tidak melakukan jenayah seperti itu.
Selain itu, apabila murtadnya seseorang Islam, beberapa
hukum lain dikenakan ke atasnya, seperti hartanya perlu dirampas oleh
pemerintah, terpisah hubungan suami isteri, tidak boleh mempusakai harta,
mayatnya tidak boleh dimandikan, disembahyang dan ditanam di perkuburan Islam
dan lain-lain lagi. Antara pengajaran yang terdapat dari ulasan di atas,
sebagai umat Islam kita mestilah mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam serta
mendekatkan diri dengan Allah. Selain itu, ibu bapa mestilah sentiasa memantau
rutin harian yang dilakukan oleh anak-anak, supaya anak-anak tidak terjerebak
dengan gejala murtad. Disamping itu, guru-guru di sekolah mestilah memainkan
peranan yang penting iaitu dengan menerangkan tentang gejala murtad serta
akibat yang akan dikenakan jika sesorang itu murtad. Akhir sekali, masyarakat
juga mestilah memain peranan yang penting, seperti menunjukkan sifat-sifat yang
sentiasa mementingkan ilmu keagamaan di dalam diri bagi menjadi mukmin yang
sejati.
No comments:
Post a Comment