Dalam meniti kehidupan pada marcapada,bilang gelandangan kian bertambah bak kat perpatah ‘bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Sudah diketahui umum , bahawa gelandangan adalah orang-orang yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap atau erti kata lain orang-orang yang merempat.
Setiap lapisan masyarakat, memberi pelbagai pandangan mengenai perkara ini. Sekurang-kurangnya, melalui tindak balas yang diberikan, mempamerkan sisi-sisi kemanusiaan masih dimiliki oleh manusia di negara ini, melainkan golongan opportunis, yang hanya mengambil kesempatan daripada reaksi emosi manusia untuk ditunggangnya bagi mencapai cita-citanya untuk mempopularkan dan mewirakan diri mereka sebagai penyelamat dalam kekelam-kabutan daripada kenyataan politik itu.
Isu gelandangan ini sudah lama. Harus dipelajari bahwa setiap mereka ini punyai kisah hidup yang berbeza. Ada manusia mempertikaikan, mereka ini, ada yang sudah bekerja, mahu disara hidupnya dengan mendapat makanan percuma pula. Sekiranya begitu, pertentangan hujah yang sama juga harus diberikan kepada golongan pemilik syarikat ternama; sudahlah kaya, kenapa perlu diberi subsidi juga?
Walau bagaimanapun, mereka terlupa mengenai soal kos sara diri yang tinggi dalam sesuatu kota. Maka, pada akhirnya, kita harus akui, teori sosial Darwin mengenai konsep survival manusia teraplikasi di sini. Golongan gelandangan ini terdiri dari mereka yang bervariasi, mereka yang bekerja, mereka yang muflis, mereka yang dihalau keluarga dan sebagainya. Mereka ini juga berbeza daripada sindiket peminta sedekah yang berorientasikan untuk mendapatkan wang semata-mata. Saya pernah cuba mendekati kanak-kanak yang meminta sedekah ini, dan menawarkan makanan selain daripada wang, dan mereka berkeras untuk mendapatkan wang. Mereka inilah yang sebenarnya harus diberi perhatian oleh pihak berwajib. Bukan sekadar menghalau dan menangkap mereka, tetapi menjejaki siapa kepala mereka.Persoalanya , apakah faktor berlakunya isu gelandangan ini?
No comments:
Post a Comment