Friday, 7 October 2016

FAKTOR

         Antara sebab bilangan gelandangan kian bertambah adalah berpunca dari faktor ekonomi  atau faktor kemiskinan. Pembangunan ekonomi  dan sosial yang tidak sekata dan jurang yang sangat besar.Contohnya yang miskin akan selamanya , kaya akan selamanya kaya seperti yang berlaku di Indonesia. Dengan itu, kerajaan perlu mengambil insentif untuk tidak menyebabkan perkara sedemikian makin berleluasa dan setiap gelandangan perlu mempunyai keinsafan diri.

         Sikap masyarakat yang tidak produktif , enggan berubah dan tidak kisah dengan kehidupan miskin .contohnya ialah seseorang itu sesuai dengan sektor pelandangan yang memerlukan tenaga yang lebih sedangkan golongan ini lebih rela beperleseran mendapatkan ehsan dari orang ramai untuk mendapatkan makanan dan belas kasihan.Natijahnya, setiap manuasia perlu mempunyai sikap ingin berubah dan memajukan diri untuk mendapat keberkatan oleh Allah s.w.t dan kehidupan didunia dan diakhirat.

         Selain itu , kekurangan pekerjaan juga turut menjadi salah satu faktor. Kekurangan pekerjaan sesuai berdasarkan kelayakan.Mereka yang datang dari kawasan desa yang cuba mengadu nasib di bandar telah mejerumuskan mereka kepada golongan gelandangan.Gaji bulanan yang sedikit menyebabkan mereka tidak mampu untuk mencari tempat kediaman yang agak selesa.Sebagai langkah jangka pendek,mereka memilih tinggal di lorong-lorong atau jejantas sebagai tempat berteduh. Contohnya ialah tidak mempunyai kelayakan disebabkan tidak mempunyai pendidikan formal. Akhir sekali ,pihak kerajaan perlu memperbanyakan pelbagai kursus kemahiran seperti pusat Giat mara dan sebagainya.

         Kewujudan golongan gelandangan adalah berpunca daripada masalah kemiskinan.Mereka yang tidak mempunyai kelulusan tidak berupaya menjawat pekerjaan yang baik,keadaan ini menyebabkan mereka terus berada di bawah paras kemiskinan.Kos sara hidup yang tinggi,kadar sewa rumah yang melampau menyebabkan mereka ini untuk tinggal di lorong-lorong,di bawah jambatan,atas jejantas sebagai tempat perlindungan mereka kepada pelbagai risiko sosial yang akan memburukan lagi keadaan.

No comments:

Post a Comment