Friday, 7 October 2016

KESIMPULAN


Sudah diketahui umum bahawa gelandangan merupakan golongan yang tidak mempunyai rumah atau tempat tinggal yang tetap. Sebab berlakunya masalah ini berasal dari dalam diri individu iaitu merupakan sikap kemalasan yang tidak mahu bekerja keras. Kebanyakkan dari golongan ini tidak mempunyai sebarang kecacatan fizik dan fizikal. Juga dipengaruhi dari faktor ekonomi , masyarakat dan individu.Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai usaha dalam membantu golongan gelandangan dari segi makanan , pakaian dan sebagainya. Namun , masyarakat sekeliling memberi impak yang negatif terhadap masalah ini dan tidak memberi sebarang bantuan. Dengan itu, Masyarakat sekeliling perlu mengambil iktibar untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa juga turut memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka,bak kata perpatah ‘bagai acuan begitulah kuihnya’. Oleh itu, semua pihak perlulah menangani isu gelandangan ini. 

No comments:

Post a Comment